Tuesday, August 9, 2016

5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

7) Huraikan peranan Malaysia sebagai salah satu anggota pertubuhan OIC.

PENGENALAN

Pertubuhan persidangan Negara-negara Islam atau Organisation Of Uslamic Conference (OIC) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Pertubuhan OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara ISlam dalam pelbagai bidang seperti  sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas OIC yang terlibat secara aktif dalam aktivitinya. Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara Islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.




OBJEKTIF

Objektif OIC adalah seperti berikut:

  • Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
  • Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
  • Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kearah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;
  • Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan
  • Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain. 

KEANGGOTAAN

OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan danYaman.




PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC

  • Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serbia.
  • Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
  • Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) dengan kerjasama OIC.
  • Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam ( Islamic Development Bank – IDB ) – sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
  • Sering menganjurkan persidangan negara- negara Islam dari semasa ke semasa
  • Usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq munni
  • Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai Pasukan tentera Pemerhati PBB
  • Sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)
  • Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983 munni
  • Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978
  • Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada 1989
  • Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
  • Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC munni
  • Menimbangkan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan emas sebai alternatif bagi urusan perdagangan di kalangan negara anggota
  • Mengadakan dialog dengan budaya dan tamadun lain (termasuk Barat)
  • Menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data 
  • Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi


STANDARD HALAL ANTARABANGSA
  • Malaysia antara negara peneraju industri halal
  • Berkongsi kepakaran dalam industri makanan halal dengan negara-negara OIC.
  • Kepakaran Malaysia dalam membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan penanda aras.
  • Membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa. 

FORUM EKONMI ISLAM SEDUNIA (WIEF)
  • Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonmi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam dan Barat.
  • Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk membangunkan ekonomi ummah.

ORGANISASI ZAKAT ANTARABANGSA
  • Persidangan pertama di Kuala Lumpur pada November 2006.
  • Membentuk kesepakatan bahawa kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat sebagai sumber kewangan kepada Organisasi Zakat Antarabangsa.

PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN KOMPUTER (OIC-CERT)

  • Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas OIC-CERT iaitu satu pasukan bertindak untuk keselamatan teknologi maklumat (ICT) negara-negara anggota OIC pada Jun 2006

PROGRAM BINA UPAYA BAGI NEGARA ANGGOTA (CAPACITY BUILDING PROGRAM)
  • Dilancarkan pada 29 MAc 2005 di Kuala Lumpur oleh PM Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi.
  • Bertujuan mengurangkan kemiskinan dan mengukuhkan pembangunan ekonmi, terutama bagi negaraa nggota yang mudur.
  • Kaedanya ialah dengan meningkatkan pembinaan keupayaan dalam bidang pembangunan sumber manusia, institusi, kemahiran pengurusan dan pembangunan prasarana di negara- negara berkenaan.

PROGRAM JAMINAN KUALITI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan bantu negara-negara OIC bagi membangunkan program ini agar IPT mereka boleh bersaing di dalam dan di luar negara.




SUMBANGAN OIC KEPADA MALAYSIA

Menganjurkan Perkhemahan Belia Islam pada peringkat antarabangsa bagi membentukan rohani dan jasmani pendidikan Islam. Misalnya, Perkhemahan Belia Islam di Arab Saudi (1978), di Malaysia, Brazil, Syria danTurki (1981).


KESIMPULAN

Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia tela menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan politik Malaysia. Peranan Dasar LUar juga memainkan keupayaan Malaysia dalam perkembangan sosial, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.


RUJUKAN


  • Buku rujukan Sejarah
  • Buku Pengajian Malaysia siri Politeknik
  • wikipedia